Showing posts with label Kompas Panduan. Show all posts
Showing posts with label Kompas Panduan. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Lombong Emas

Alhamdulillah, bertemu sesuatu yang kukira "lombong emas" dalam penulisan tesis. Terima kasih kepada seorang sahabat yang hampir mengusaikan PhD kerana memperkenalkanku kepada dua laman web yang amat-amat berguna, iaitu DROTSPSS dan 3MonthThesis. 

Daripada Dr OT (Othman Talib), blognya menjadi kunjungan tetap ku setiap hari. Ebook penulisan tesis cepat juga telah selamat kubeli dan muat turun. Bengkel yang dianjurkannya Ahad ini juga telah aku daftar untuk sertai. Bagiku, ini semua adalah pelaburan untuk menuju puncak kejayaan. Semuanya menambah keyakinan diri ku. Syukur Alhamdulillah. Moga-moga inilah bantuan daripada Ya Rahman unutk memudahkanku menyempurnakan tanggungjawab yang satu ini.

Cuma aku sedar, walaupun sudah ada panduan dan tips, segalanya akan jadi sia-sia jika tiada usahaku sendiri untuk memulakan langkah pertama hingga ke garisan penamat. Itu semua hanya akan mungkin berlaku dengan kuasa dan bantuan Yang Maha Esa semata-mata.

Semoga semangat baru yang membara-bara ini terus marak menyala hingga ke akhirnya, insyaAllah.

Ke garisan... sedia... mula!! (Baru mula nak baca ebook sebenarnya. Hehehe).

Wednesday, April 25, 2012

Bengkel Kewangan Islam (April) di USM

Alhamdulillah, selesai menghadiri bengkel Kewangan Islam di USM yang disampaikan oleh En. Mohammed Zahid Abdul Aziz daripada Muamalah Financial Consulting Sdn Bhd. Tajuk kali ini berkisar pada bidang Pasaran Modal Islam dan khusus kepada Sukuk. Begitu banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsi penceramah kepada semua peserta bengkel. Syukur dan moga mendapat keberkatan serta rahmat daripadaNya untuk semua yang terlibat.

Penceramah yang mudah didekati dan mesra ini tidak lokek ilmu. Mengambil kesempatan dengan peluang bersemuka dengan seorang yang ahli, beberapa topik berkaitan penyelidikan PhD dibicarakan. Banyak juga ide dan pendapat yang dicadangkan mengenai tajuk penyelidikan PhD yang sesuai. Alhamdulillah, maklumbalas yang amat berguna dan boleh dijadikan panduan.

Ya Allah, permudahkanlah pelayaran PhDku ini. Moga dipertemukan dengan orang-orang yang alim supaya mudah mendalami ilmu serta sentiasa dekat padaMu dalam menempuh perjuangan ini dengan niat yang lurus. Amin.

Friday, April 20, 2012

Ikhlas

Martabat IKHLAS ada tiga:

Martabat Tertinggi:
Berbuat sesuatu kerana Allah Taala, tanpa mengharapkan balasan demi membalas budi Allah atas nikmat2 yang telah diberikan olehNya.

Martabat Kedua:
Berbuat sesuatu kerana ingin mendapat balasan pahala dan syurga serta menjauhi balasan seksa api neraka.

Martabat Ketiga:
Berbuat sesuatu kerana ingin mendapat balasan setimpal di dunia lagi.

- Ustaz Abdul Kadir Ali, Pondok Pasir Tumboh

Sama-sama kita tanya dan didik hati kita: Kita buat sesuatu untuk apa?

Sunday, April 8, 2012

Syarat Menuntut Ilmu

Menurut Sayyidina Ali r.a.

Tidak mencapai (dapat dan hasil) ilmu melainkan 6 perkara:

1. Cerdik
- Akal umpama pelita. Ada yang cerah ada yang kurang cerah.
- Perbandingan orang cerdik dengan orang tidak cerdik: Orang cerdik sudah memadai dengan satu contoh, manakala orang kurang cerdik masih tidak faham walau dengan 1000 contoh.
(InsyaAllah, umumnya kita semua cerdik)

2. Tamak haloba akan ilmu
- Sentiasa berasa tidak cukup ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu
- Ia termasuk dalam Nafsu Mutmainnah (Nafsu yang baik)

3. Cukup belanja/biaya/tahap kewangan
- Orang Islam tidak boleh terlalu miskin hingga tidak mampu untuk menuntut ilmu.
- Perbelanjaan menuntut ilmu termasuk membeli alatan dan kitab/buku2, pengangkutan, tempat tinggal, dan sebagainya.
(Boleh juga peruntukkan sedikit belanja untuk sedekah guru bagi guru yang tidak meminta bayaran).

4. Bersungguh-sungguh
- Menuntut ilmu dengan penuh kesabaran, keazaman dan kecekalan

5. Nasihat Guru yang bijaksana

- Guru yang ahli dalam bidang yang diajarnya dan bijak menyampaikan.

6. Masa yang panjang
- Sifat sesuatu ilmu itu sangat luas dan berkait rapat dengan ilmu-ilmu lain.
- Perlu masa yang panjang untuk mencapai dan menghasil ilmu.
- Harus sentiasa diperingatkan ilmu itu kerana Peringatan merupakan manfaat kepada orang beriman.

Oleh: Ustaz Abdul Kadir bin Ali, Pondok Pasir Tumboh