Sunday, April 8, 2012

Syarat Menuntut Ilmu

Menurut Sayyidina Ali r.a.

Tidak mencapai (dapat dan hasil) ilmu melainkan 6 perkara:

1. Cerdik
- Akal umpama pelita. Ada yang cerah ada yang kurang cerah.
- Perbandingan orang cerdik dengan orang tidak cerdik: Orang cerdik sudah memadai dengan satu contoh, manakala orang kurang cerdik masih tidak faham walau dengan 1000 contoh.
(InsyaAllah, umumnya kita semua cerdik)

2. Tamak haloba akan ilmu
- Sentiasa berasa tidak cukup ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu
- Ia termasuk dalam Nafsu Mutmainnah (Nafsu yang baik)

3. Cukup belanja/biaya/tahap kewangan
- Orang Islam tidak boleh terlalu miskin hingga tidak mampu untuk menuntut ilmu.
- Perbelanjaan menuntut ilmu termasuk membeli alatan dan kitab/buku2, pengangkutan, tempat tinggal, dan sebagainya.
(Boleh juga peruntukkan sedikit belanja untuk sedekah guru bagi guru yang tidak meminta bayaran).

4. Bersungguh-sungguh
- Menuntut ilmu dengan penuh kesabaran, keazaman dan kecekalan

5. Nasihat Guru yang bijaksana

- Guru yang ahli dalam bidang yang diajarnya dan bijak menyampaikan.

6. Masa yang panjang
- Sifat sesuatu ilmu itu sangat luas dan berkait rapat dengan ilmu-ilmu lain.
- Perlu masa yang panjang untuk mencapai dan menghasil ilmu.
- Harus sentiasa diperingatkan ilmu itu kerana Peringatan merupakan manfaat kepada orang beriman.

Oleh: Ustaz Abdul Kadir bin Ali, Pondok Pasir Tumboh

No comments:

Post a Comment