Saturday, April 7, 2012

Penyelidikan Peringkat 1

Metod Penyelidikan
Masih terlalu baru, hanya mula mendapatkan ilmu penyelidikan secara sistematik yang amat asing daripada pengalaman sebelum ini. Memang ada menulis tesis di peringkat sarjana dahulu, namun ilmu yang dikutip terlalu sedikit dan tidak sepadan dengan pelayaran yang lebih menduga ini. Seperti yang disarankan penyelia, kini sedang mendalami pemahaman melalui buku Research Methods oleh Uma Sekaran. Alhamdulillah, sedikit sebanyak semakin nampak jalan dan laluan yang bakal ditempuhi.

Penerokaan Bidang
Bidang yang ingin diteroka ini adalah bidang yang belum pernah dipelajari secara formal sebelum ini, iaitu Kewangan Islam. Oleh itu, ilmu-ilmu asas dirasakan amat perlu pada peringkat ini. PhD memerlukan kita mengembangkan sepadan ilmu. Bagaimana hendak mengembang ilmu sekiranya ilmu asas bidang itu sendiri belum digarap? InsyaAllah, esok akan bermula pengajian kitab secara talaqi dengan seorang ustaz dari pondok akan ilmu Fiqh Muamalat. Di samping itu juga, sudah mula membaca buku-buku asas untuk mendapatkan pengetahuan secara menyeluruhi. Antaranya ialah buku tulisan Syeikh Hassan Ayob. Semoga usaha sedikit demi sedikit ini mendapat taufik, hidayah dan keberkatan ilmu daripada Ya Aa'lim yang Maha Mengetahui.

Ohhh.. pelayaran ini masih jauh. Ini belum lagi masuk bab membaca kajian-kajian dan penyelidikan-penyelidikan terdahulu.

Permudahkanlah Ya Allah...

No comments:

Post a Comment