Tuesday, March 20, 2012

Tugasan 1

Tugasan pertama yang diberikan penyelia selamat dihantar. Namun terlewat dua hari!! Ohhh.. apakah tanggapannya padaku? Sudah terlewat bermula tugasan yang sulung ini? Apa-apa pun, ku tetap rasa bersyukur kerana berakhir satu perkara yang melingkari ketenangan diri saban hari. Selagi tidak disudahkan, begitulah terasa diri ini gelisah mengenangkannya. Alhamdulillah, boleh bernafas lega buat beberapa ketika.

Sememangnya hasil kerja yang diduga dari pelbagai arah serta dalam keadaan mengejar masa, betul tidak memuaskan hatiku. Bahan bacaan yang dirancang untuk dibaca, tidak dapat dilakukan seperti yang sepatutnya. Tapi aku tahu, sekurang-kurangnya satu tugasan selesai. Selebihnya adalah penambahbaikkan. Tidak guna juga jika tiada apa yang terhasil kerana mahukan kesempurnaan.

Hari ini, setelah otak tidak diganggu sebarang tarikh tugasan, aku menemui satu ilmu penyelidikan untuk memudahkanku mengerjakan tugasan yang akan datang. Mungkin sebagai latihan, akan kutulis semula tugasan yang telah dihantar itu. Syukur, lega. Semakin aku nampak cahaya di hujung lorong.

Penyelia kedua juga telah memberikan komennya. Penyelia utama masih belum memberi apa-apa balasan. Esok lusa dan hari-hari seterusnya akan kuteruskan perjuangan melayar bahtera PhD ini.

Ya Rabbi, permudahkan perjalananku ini. Hanya padaMu kumemohon pertolongan, dan tiada daya upayaku melakukan apa pun melainkan dengan kuasa dan kehendakMu.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment